RAHSIA
DHAB DARI PADANG PASIR
Nama Saintifik : Uromastyx
Acanthinura ( Spiny Tailed Lizard )
Dhab ialah sejenis haiwan padang pasir yang terdapat di Negara
Timur Tengah seperti Arab Saudi, Mesir dan Sudan. Khasiat dhab disebut dalam
kitab-kitab lama seperti Hayatul Hayawanul Kubra, Ma Jaa Fi Dhobi Anil Arab,
Tajul Muluk, dan Attibbun Nabawi.
Dhab amat dikenali masyarakat Arab Badwi yang mendiami padang pasir .Jika
di mesir terdapat banyak di semenanjung Sinai. Ia adalah haiwan yang dapat berkata kata
berkat mukjizat Rasulullah SAW .
Dhab
adalah sejenis binatang yang halal untuk di makan oleh umat islam hal ini
kerana terbukti dengan adanya dalil hadis pada zaman Rasullullah saw yang
membolehkan umat islam memakannya.
Beriani Dhab
Sebagaimana sabda rasulullah saw :
Daripada
Ibnu Abbas r.a Berkata :Telah memasuki aku dan Khalid bin al-walid bersama
Rasullullah s.a.w dalam rumah Maimunah isteri Baginda .Maka kami di hidangkan
dengan daging dhab maka Rasullullah s.a.w menjamahnya.Maka didatangi oleh
wanita di rumah maimunah dengan mengkhabarkan kepada Baginda saw dengan
menunjukkan bahawa makanan itu adalah dhab lalu Baginda melepaskan
tangannya,lalu Rasulullah saw di tanya adakah haram dhab?lalu Rasulullah
berkata tidak akan terjadi di bumi kaumku perkara bermanfaat dimaafkan .berkata
khalid maka aku memakannya dan Baginda melihatnya.
Sup DhabSekali makan sampai sekarang tak lupa dihidangkan oleh Pak Tam Hayyu
Asyir, Mula mula jamah sup dhab pada tahun 1994.
Di samping itu juga , (dhab) ini terkenal di kalangan masyarakat arab dan ianya merupakan sejenis makanan kebiasaan mereka kerana dhab ini senang di dapati atau di perolehi oleh mereka .Bagi masyarakat arab, mereka sudah lama mengetahui khasiat atau kelebihan dengan memakan atau menggunakan apa-apa yang diperbuat darinya iaitu binatang dhab ini fungsinya dapat meningkatkan tenaga batin dengan mengamalkan memakannya. Bagi masyarakat di Malaysia atau sesetengah negara lain mungkin ramai orang yang tidak mengetahui atau mengenali dhab secara lebih dekat apatah lagi memakannya pula.Hal ini mungkin kerana sebelumnya belum ada pihak-pihak tertentu menperkenalkannya atau penghasilan sesuatu barangan atau produk darinya. Oleh itu binatang dhab ini hanya lebih dikenali sekadar masyarakat arab dan orang-orang tertentu sahaja yang pernah melawat kesana dengan mengetahui khasiatnya.Akan tetapi kini kebanyakkan rakyat Malaysia sudah mengenalinya disebabkan sesetengah rakyat kita membawa dhab pulang apabila kembali dari tanah arab.Selain itu juga ada yang telah menghasilkan minyak dhab dengan kemahiran tersendiri.
Habitat Dhab dicelah celah batu padang pasir
Jangka hayat dhab dikatakaan amat panjang. Mampu hidup sehingga berpuluh
tahun. Daya tahannya tinggi sehingga mencapai
satu hari untuk mati selepas disembelih.
Dhab berkepala seperti penyu. Lidah tidak bercabang. Ekor
berduri seperti buaya. Tidak minum air. Hanya memakan tumbuh-tumbuhan rumput
kaktus padang pasir. Dhab
merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak secara bertelur, dan
mempunyai kulit bersisik tebal. Dhab adalah vegetarian. Ia menghabiskan banyak
masanya dalam lubang yang digalinya menyembunyikan dirinya atau di celah-celah
batuan yang selamat untuk berlindung pada musim dingin untuk mengawan.
Kebiasaannya dhab akan berkeliaran pada musim panas sahaja.
Terdapat 2 pundi lemak berpaut di dalam
perut dhab disekitar kelangkang. Amat mustajab dijadikan minyak urut. Daging
ini dikeringkan dijadikan kapsul merawat penyakit urat saraf, tenaga lelaki,
serta penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, gout, asma dan
alahan tubuh
PROSES PENGHASILAN MINYAK, MAKJUN DAN KAPSUL DHAB
2) Sebahagian yang dipilih disembelih terus di padang pasir
3) Sebahagian disimpan untuk jadi bekalan akan datang
4) Dhab yang telah siap dilapah samaada untuk dibuat sup atau untuk dikeringkan bagi penghasilan
minyak, makjun atau kapsul.
5) Dhab yang siap dimasak
KONEK SAYA MULA PJANG DAN KUAT ...TERIMA KASIH DHAB
BalasPadam